Polis jejaki rakyat Malaysia dakwa jadi pengedar buah pinggang

Share

Polis sedang menyiasat dakwaan seorang rakyat Malaysia yang didakwa menggunakan media sosial untuk menyasarkan mangsa miskin dari seluruh dunia menjual organ mereka.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, pihak berkuasa sedang menjejaki lelaki itu.

“Siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada FMT.


Lelaki itu yang bercakap besar mengenai aktivitinya dalam satu laporan akhbar UK, The Sun, berkata dia mengatur “pakej” pemindahan organ £85,000 untuk pelancong British, termasuk rasuah bagi pemindahan buah pinggang dijalankan di Filipina.

“Di Manila, ‘cash is king’. Wang berkuasa,” kata lelaki itu yang mendakwa dia mendalangi 45 penjualan haram buah pinggang.

Dia turut mendakwa mempunyai lebih 100 penjual buah pinggang berpotensi di seluruh dunia. FMT


Leave a Reply