Ulang tahun pertama PN, tersungkur keyakinan rakyat kepada sistem politik demokrasi



Sebaran :


Haniff Khatri Abdullah berkata ulang tahun pertama Perikatan Nasional (PN) adalah ulang tahun peristiwa yang tidak pernah dilalui oleh negara yang sudah 63 tahun merdeka.

Menurut beliau hari ini menandakan genap setahun normal baharu sistem politik dan tadbir urus negara.

“Sebuah kerajaan yang mendapat sokongan majoriti pengundi pada pilihan raya lalu telah hilang majoriti akibat daripada tindakan individu yang bersekongkol keluar dari kerajaan,” kata Haniff yang juga seorang peguam.



Berikutan tulisan penuh beliau:

1. Tanggal 1 haribulan Mac 2020, melakarkan era baru yang berlainan, dan mungkin juga satu norma baru dalam sistem politik dan tadbir urus negara di MALAYSIA, sejak merdeka 63 tahun sebelum itu.

2. Sebuah kerajaan yang dibentuk atas sokongan majoriti para pengundi semasa PRU-14 pada 09.05.2018, kemudiannya “HILANG MAJORITI” akibat tindakan beberapa individu yang bersekongkol keluar dari Kerajaan sehingga mengakibatkan kejatuhan “SOKONGAN MAJORITI” mulai dari peristiwa yang lebih dikenali sebagai “SHERATON MOVE” 23.02.2021.



3. Tulisan ini tidak dihasratkan untuk menganalisa latar belakang dan alasan lengkap atau sebab musabab yang membawa kepada kehilangan “SOKONGAN MAJORITI” Kerajaan sehinggakan Perdana Menteri Ke-7 pada ketika itu, berpandukan kepada peruntukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan telah mengadap KeBawah Duli YDP AGONG pada 24.02.2021 untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, seperti yang sewajibnya diperlukan di bawah Perlembagaan, iaitu tunggak panduan amalan DEMOKRASI BERPARLIMEN dan RAJA BERPERLEMBAGAN yang kita “KONON”nya amalkan.

4. Hari ini, 01.03.2021 adalah ULANGTAHUN PERTAMA Kerajaan yang mengelar dirinya PERIKATAN NASIONAL (PN) di bawah teraju Perdana Menteri Ke-8, TS MUHYIDDIN YASSIN.

5. PERSOALAN PENTING yang muncul di minda Rakyat yang munasabah sempena ULANGTAHUN PERTAMA Kerajaan ini adalah :



“Adakah amalan politik sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN yang menjadi amalan negara kita berpaksikan panduan dan tatacara yang tertera dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN masih berfungsi dengan BAIK, JUJUR dan TEPAT untuk kebajikan dan kepentingan Rakyat dan negara ?!”

6. Bagi saya sejujurnya, dalam tempoh SATU (1) TAHUN ini nilai dan amalan DEMOKRASI yang sepatutnya tertib dan indah dalam urus tadbir negara telah malangnya telah HANCUR PUNAH sampai ke tahap KEJATUHAN KEPERCAYAAN yang paling rendah di kalangan Rakyat, dan sekiranya kita bersesama tanpa mengira perbedzaan politik tidak mengambil langka-langkan yang wajar dan padu, saya khuatiri akan melenyapkan terus amalan sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN, dan dikhuatiri akan dituruti dengan timbulnya laungan sistem politik lain sebagai gantinya, nanti.

7. Antara peristiwa-peristiwa yang menzahirkan HANCUR PUNAH dan HILANG RANAP akan keyakinan pada sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN dalam SETAHUN yang lalu adalah seperti berikut :



a. Wakil Rakyat yang memberi pelbagai janji manis kepada para pengundi sebelum PRU, terus tidak mengendahkan mandat dan janji para pengundi dalam bertindak untuk “LOMPAT KATAK” ke gabungan dan pakatan politik lain yang merubah Kerajaann, bagi tujuan kepentingan diri sendiri dengan membelaknagkan kejujuran kepada Rakyat dan keikhlasan kepada negara, di atas ketiadaan mana-mana kekangan “AKTA LOMPAT PARTI”,

b. Sistem kedaulatan undang-undang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam keadaan yang boleh menimbulkan persoalan samada adanya “UNDANG-UNDANG DUA DARJAT” apabila Wakil-wakil Rakyat Kerajaan dengan sambil lewa boleh memungkiri syarat-syarat yang dikenakan kepada orangramai tanpa diambil tindakan yang TUNTAS nahupun WAJAR sama sekali, seperti kes kuarantin kendiri KHAIRUDDIN TAKIRI, perjarakan dan jumlah orang pada setiap meja makan berhubung ANNUAR MUSA dan ISMAIL SABRY, dan juga berkaitan TS MUHYIDDIN YASSIN berhubung pemendekan masa kuarantin para pemimpin negara sekembalinya dari lawatan luar negara, untuk tempoh selama tiga (3) hari jika dibandingkan dengan tempoh kuarantin biasa rakyat untuk sepuluh (10) hari,

c. Walaupun Rakyat bersusah dan sengsara semasa pandemik COVID-19, namun ada juga pihak dari Kerajaan PN seperti HAMZAH ZAINUDDIN dan NARDIN AWANG Setiausaha Sulit Perdana Menteri, yang sanggup merentas Laut Cina Selatan sehingga mengakibatkan keperluan adakan PRN SABAH semata-mata untuk elakkan permainan POLITIK WANG yang hampir jatuhkan Kerajaan Negeri Sabah ketika itu, dan akhirnya seperti diakui Kerajaan sendiri telah akibatkan angka COVID-19 naik melambung dengan pengimportan kluster Sabah ke Semenanjung,



d. Apabila memuncak panggilan untuk cabaran JUMLAH MAJORITI di tangan TS MUHYIDDIN YASSIN, maka kesemua Usul Undi Percaya mahupun Usul Undi Tidak Percaya, masih belum melihat cahaya siang hari di Dewan Rakyat di atas pelbagai alasan yang tidak wajar dalam mengababuri kewajiban TS MUHYIDDIN YASSIN untuk mengesahkan kedudukan majoritinya di sisi Perlembagaan,

e. Akhirnya, dalam usaha penyalahgunaan kedudukan sebagai Perdana Menteri, TS MUHYIDDIN sanggup, bukan sekali tetapi dua kali, untuk menggunakan kuasa “NASIHAT”nya sebagai Perdana Menteri untuk selamatkan diri dalam memohon perkenan KeBawah Duli YDP AGONG untuk Pengisytiharan DARURAT pada 23.10.2020 yang ditolak pada 25.10.2020, dan kemudiannya pada 11.01.2021 yang dibenarkan pada 12.01.2021, di atas sebab yang tidak boleh dinafikan iaitu angka COVID-19 sudahpun mencecah lebih TIGA (3) RIBU setiap hari, pada waktu itu,

f. Dalam masa yang sama apabila SOKONGAN MAJORITI kepada TS NUHYIDDIN YASSIN telah pun pada hakikatnya hilang pada 09.01.2021 di atas pengumuman YB MACHANG dan 12.01.2021 oleh YB PADANG RENGAS, namun TS MUHYIDDIN YASSIN masih tidak langsung melaksanakan tanggungjawab di bawah Pekara 43(4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengadap KeBawah Duli YDP AGONG, dan

g. Pada hari semalam. 28.02.2021, dalam usaha politik secara SALAH dan SELEWENG untuk menunjukkan KONONnya beliau ada SOKONGAN MAJORITI, secara tiba-tiba satu Kenyataan Awam dibuat untuk mengumumkan kemasukan dua (2) Wakil Rakyat dari Parti PKR sebagai penyokong Kerajaan PN dan Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN, untuk mengembalikan dan menjadikan jumlah angka sokongan kepada TS MUHYIDDIN YASSIN sebagai Perdana Menteri sebagai 111, dari jumlah 220 Wakil Rakyat.

8. Rentetan peristiwa antara lain seperti yang dinyatakan di atas menimbulkan pelbagai PERSOALAN LANJUT di minda Rakyat :

a. “Adakah PEMIMPIN POLITIK boleh mempermainkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan ?!”,

b. “Adakah cuma Rakyat yang bertanggungjawab menjunjung konsep KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ?!”,

c. “Apakah perlunya DEWAN RAKYAT dan PILIHAN RAYA UMUM, kalau ramai daripada Ahli Politik mengkhianati kepercayaan dan mandat Rakyat ?!”,

d. “Perlukah kita turun mengundi selagi tiada ‘AKTA LOMPAT PARTI’ ?!” dan

e. “Kenapakah mereka yang mempunyai tanggungjaab memperbetulkan salahlaku para pemimpin politik seperi PEGUAM NEGARA, KETUA POLIS NEGARA dan SPEAKER DEWAN RAKYAT tidak berfungsi sebaiknya dan seolah-olah cuma perhatikan sahaja pencabulan KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG itu ??!!”

9. Sedarlah, wahai para POLITIKUS, bahawa negara berada diancam BAHAYA yang amat, dan janganlah sampai Rakyat terlampau JIJIK dan BENCI sehingga mereka beramai-ramai PULAU dan TOLAK dengan apa yang anda POLITIKUS laungkan sebagai “DEMOKRASI” itu !!

10. Semoga rentetan peristiwa sepanjang SETAHUN penguasaan Kerajaan PN dan TS MUHYIDDIN YASSIN yang dicatakan di atas dapat diambil sebagai pengajaran untuk muhasabah diri dan lakukan apa yang sewajarnya oleh kesemua PEMIMPIN KERAJAAN dan POLITIKUS NEGARA di bawah konsep KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG tanpa lengah-lengah mahupun dolak-dalih lagi, dan sekiranya tidak, maka anda semualah yang bertanggungjawab di atas HANCUR PUNAH dan HILANG RANAP akan keyakinan Rakyat pada sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN di negara tercinta ini !!

TANPA GUNDAH -GANJARA !!!

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri
01.03.2021 @ 1733


Sebaran :


Leave a Reply