AWAS! KJ akan dapat senarai dan gambar ‘pemotong barisan’ terima vaksin

PETALING JAYA: Seorang doktor berkata, beliau akan menyusun senarai “pemotong barisan” vaksin Covid-19 yang akan dikirimkan kepada Khairy Jamaluddin, menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ini susulan laporan bahawa sebilangan individu yang tidak sepatutnya menerima vaksin telah berjaya memasuki senarai penerima vaksin dalam fasa pertama program itu.

Dalam catatan di Twitter, Dr Khairul Hafidz berkata, beliau telah menerima banyak laporan serta senarai nama dan gambar individu-individu yang telah berusaha “memotong barisan” untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech.



Khairul, yang juga pengasas dan pengerusi akaun Twitter @MedTweetMy, yang menyebarkan maklumat perubatan kepada orang ramai, mendakwa bahawa beberapa individu yang “memotong barisan” terdiri daripada pegawai berkuasa tempatan, serta pembantu rumah dan pemandu kepada VIP.

“Bagaimanapun, saya menghormati prosedur yang ditetapkan @officialmosti, oleh itu kami akan menyusun (senarai) dan e-melkan kepada (alamat) e-mel yang diberikan,” kata beliau.

Terdahulu, Khairy berkata, beliau akan menyiasat dakwaan terdapat individu tertentu yang “memotong barisan” untuk mendapatkan vaksin.

Beliau memandang serius isu ini dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah maklum tentangnya, kata beliau.



“Pemberi maklumat boleh hantar e-mel tanpa nama kepada saya di [email protected] dan saya akan siasat,” katanya dalam respons terhadap satu catatan di Twitter oleh pakar nefrologi Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah.

Rafidah sebelum ini mendakwa terdapat sesetengah individu yang dapat “memotong barisan” untuk divaksinasi. Kata beliau, kementerian patut mempertimbangkan mewujudkan saluran bebas untuk orang ramai membuat aduan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker