PRU hanya selepas negara pulih – Hamzah

27/02/2021 04:58 PM
SELAMA, 27 Feb — Kerajaan Pakatan Nasional (PN) pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik itu.”Ia bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan saya berdoa biarlah penyakit ini berkurangan di negara kita, dan imunisasi telah dilakukan, barulah kita adakan pilihan raya,” kata beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya ketika situasi COVID-19 masih belum reda, boleh memudaratkan.

Terdahulu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyerahkan bantuan berupa beg sekolah dan pakaian seragam kepada 1,000 murid sekolah kebangsaan dan pelajar sekolah menengah di kawasan Batu Kurau di bawah Program Back To School di Dewan Astaka di Batu Kurau, dekat sini hari ini.

— BERNAMA



Perhitungan yang adil di akhirat – Najib Tun Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker