[VIDEO] Berpuluh Tahun Tidak Pernah Potong Rambut & Kuku, Lihat Youtuber Indonesia Ini Lakukan Pada Gelandangan

Di YouTube, seorang youtuber Indonesia iaitu Pratiwi Noviyanthi berkongsikan video menemui seorang wanita yang dipercayai gelandangan di daerah Jawa Timur, Indonesia. Youtuber ini dengan kerjasama Yayasan Al-Fajar telah mendekati seorang warga emas yang dipercayai sudah berpuluh tahun tinggal di kaki lima sebuah rumah usang.

Lebih jadi perhatian apabila pasukan ini membantu warga emas berkenaan dengan membersihkan dirinya termasuk memotongkan rambut dan kuku.



 

‘Dibuang’ oleh seseorang

Pada awal video, Pratiwi mendekati warga emas itu dengan membawa sebotol air mineral dan bertanyakan khabar kepadanya. Setiap pertanyaan yang diajukan, enggan dijawabnya. Malah, botol minuman tersebut juga dilemparnya jauh.

Sementara itu, Youtuber berkenaan sempat bertanyakan mengenai warga emas tadi kepada penduduk berhampiran. Menurut sumber, warga emas yang terlantar itu tidak mempunyai keluarga dan sudah berpuluh tahun dia berada di situ selepas ‘dibuang’ seseorang suatu ketika dahulu. Malah, warga emas tersebut hanya mendapat makanan hasil dari pemberian penduduk berhampiran.



VIDEO PENUH DIBAWAH:-

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=KwPly-4ZZV8[/embedyt] [embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=JQsbSADTGYY[/embedyt]

Video berdurasi 21:20 minit itu telah mendapat lebih 8.2 juta tontonan di laman YouTube. Rata-rata netizen bersetuju sekiranya warga emas yang terlantar disitu di bawa ke rumah kebajikan supaya dia lebih terjaga selepas ini.

Lebih menarik perhatian apabila Youtuber dan beberapa orang dari Yayasan Al-Fajar bertindak membersihkan dirinya dengan menguntingkan rambut dan kuku. Dipercayai rambut warga emas itu tidak pernah dipotong sejak berpuluh tahun yang lalu selepas dia dibuang ke kawasan tersebut. Begitu juga dengan kukunya yang akhirnya berjaya digunting oleh Youtuber ini menggunakan gunting pangkas tanaman.-OhBulan

Sumber: Pratiwi Noviyanthi 

[VIDEO] Biri-Biri Liar Paling ‘Gebu’ Akhirnya Paling Rasa ‘Lega’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker