Perhitungan yang adil di akhirat – Najib Tun Razak

Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas daripada perhitungan yang adil di akhirat kelak

Ya, memang masih ada pilihan pada malam PRU14 untuk cuba kekalkan kuasa dengan cara katak melompat atau langkah-langkah yang lagi dahsyat.

Tapi apabila kehendak dan sentimen Rakyat masa itu tidak memihak kepada kamu, segala langkah terdesak yang diambil demi mengekalkan kuasa secara paksaan akan dikeji serta diingati Rakyat buat selama-lamanya.

Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas daripada perhitungan yang adil di akhirat kelak



“What is DS Najib Really Like” Part V.
Bahagian kelima di dalam siri ini, saya hendak ceritakan suatu kisah yang belum pernah saya ceritakan di laman Facebook ini, dan hanya kepada beberapa orang sahaja kawan rapat.
Mungkin sebab trauma kot tapi sebabkan dah dua tahun lebih sudah berlalu, oklah dahh, boleh cerita.
Pada malam keputusan PRU14, saya berada di PWTC, kami pegawai-pegawai PMO berkumpul di situ. Saya tidaklah masuk ke dalam “war room” kerana saya bukannya seorang pegawai politik.
Pada pukul 10.30 malam, seorang rakan sepejabat saya turun dari war room. Mukanya pucat dan beliau meminta kami semua bersabar tetapi dari wajahnya kami dapat kesan “things are not good.”
Kawan ini mengajak saya dan seorang lagi ke kediaman DS Najib di Taman Duta dan kami sampai di sana di dalam jam 11.15 begitu.
Sunyi dan semua bercakap berbisik.
DS Najib berada di dalam bilek bacaannya, di atas telefon dengan walllahualam siapa.
Saya pun duduk di atas sofa bersama-sama beberapa orang yang betul-betul di luar bilek bacaan tersebut. Semua tergamam.
Saya tidak ingat dalam pukul berapa DS Najib keluar dari bilek tersebut dan memaklumkan kami bahawa, ya Barisan Nasional kalah.
Ada yang menangis, ada yang menitik airmata. Saya, otak blank.
Ada yang berkata, “Sir, fight back, fight back.”
Ada yang pula berkata, “Sir, saya dengar beberapa kerusi is up for sale. Untuk menang, RM400 juta, sir.”
Ada yang kata, “Kita buat demonstrasi, sir. Pantang menyerah kalah.”
DS Najib mengeleng kepala beliau dan berkata, saya alih bahasa, “No, no, no….kita tidak boleh menolak keputusan demokrasi.
Kalau kita tidak mahu mengaku kalah dan degil melawan arus, akan datang cetusan dan rusuhan perkauman dan politik. Mungkin juga ada tumpah darah.
Saya tidak mahu rakyat susah kerana saya hendak kekalkan jawatan saya. Macam mana saya nak angkat kepala di akhirat nanti.”
Wallahu… semua tersenyap.
Itulah DS Najib, gentleman till the end.
Beliau kemudian meminta diri untuk naik ke bileknya dan kami seorang demi seorang bersalam dengannya.
Inilah part yang paling sayu bagi saya dan juga, saya percaya, bagi semua di situ.
Seorang demi seorang semasa bersalam mengambil kesempatan untuk berkata…
“Sir, you will always be my Prime Minister.”
“Sir, you are my captain.”
“Sir, I am here with you forever.”
“Thank you very much, sir, the rakyat will regret losing you, sir.”
Saya tak ingat apa saya cakap, rasa tidak ada kot sebab semasa itu kami semua sebak-sesebaknya (sambil menaip ni pun boleh sebak lagi).
Tetapi saya ingat, DS Najib ada sebut, “Mahathir will finish me.”
Subhanallah, sepanjang hidup saya melainkan di takdirkan Allah, saya tidak akan lupa malam itu.

Ahli Parlimen Pekan

Pengerusi Lembaga Penasihat BN

Keluhan daripada pemandu e-hailing – Ahmad Zahid Hamidi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker