PA kutuk Israel sekat jemaah Palestin solat Jumaat di al-Aqsa

Zionis turut halang laungan azan di Masjid Al-Ibrahimi pada hari penting Yahudi

RAMALLAH, 15 Rejab 1442H, Sabtu – Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengutuk pelanggaran rejim pengganas Israel ke atas tempat suci Islam di bandar-bandar yang dijajah di Baitulmaqdis dan Hebron.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri, PA mengutuk tindakan Israel mengenakan sekatan sewenang-wenangnya untuk menyekat jemaah masuk ke masjid, selain usaha memperluaskan penjajahan mereka. 

Kenyataan itu mendedahkan bahawa langkah rejim adalah satu pelanggaran kebebasan beribadah secara terang-terangan, kerana Israel menyekat jemaah Palestin memasuki Masjid al-Aqsa bagi menunaikan solat Jumaat. 

Pihak berkuasa Israel juga menghalang azan dilaungkan di Masjid Al-Ibrahimi di bandar Hebron, Tebing Barat yang dijajah ketika hari penting bagi Yahudi. 



55 peratus kawasan Masjid Al-Ibrahimi telah dijajah pada 1994, setelah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh seorang penjajah Israel ketika solat Subuh – sehingga mengorbankan nyawa 29 jemaah. 

Masjid Al-Ibrahimi terletak di Kota Lama Hebron, yang berada di bawah kawalan penjajah Israel. 

Kira-kira 400 orang Yahudi Israel tinggal di kawasan Palestin yang dilindungi oleh 1,500 tentera rejim. – Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker