Datuk Seri Azhidi mengaku tak salah tipu pelaburan RM1.45 juta

Datuk Seri Azhidi mengaku tak salah tipu pelaburan RM1.45 juta

Seorang perunding am bergelar Datuk Seri didakwa di Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan termasuk memperdaya sembilan pelabur berhubung pelaburan minyak sawit mentah membabitkan kerugian RM1.45 juta.

Mohd Azhidi Laili, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.



Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, tertuduh yang mempunyai kawalan terhadap akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd, didakwa telah memperdaya sembilan lelaki sehingga menyebabkan mangsa mendepositkan wang berjumlah RM1.45 juta ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures untuk tujuan pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan tersebut tidak wujud.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di Bursa Malaysia Derivatives Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini, antara Mei 2013 dan Mac 2014.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 209 akta sama, yang membawa penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-10, Azhidi didakwa telah mengemukakan diri sebagai wakil AmFutures Sdn Bhd untuk menjalankan perniagaan tanpa Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal atau bukan merupakan orang berdaftar bagi menjalankan aktiviti pelaburan tersebut.



Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Tingkat 16, Bangunan AmBank Group, Jalan Raja Chulan di sini, antara Mei 2013 dan Januari 2014 mengikut Subseksyen 59(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Bapa empat orang anak itu juga didakwa gagal hadir untuk diperiksa secara lisan oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagaimana dikehendaki oleh Subseksyen 134(1)(b) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Suruhanjaya Sekuriti (SC), Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, di sini pada 13 Feb 2018 mengikut Subsekysen 134(5)(a) Akta Suruhanjaya Sekuriti yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SC Shoba Venu Gobal tidak menawarkan jaminan mengambil kira faktor tertuduh dikhuatiri akan melarikan diri kerana sebelum ini polis gagal mengesannya sejak 2015.



“Berikutan itu, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap tertuduh namun sekiranya jaminan ditawarkan mengikut budi bicara mahkamah, pihak kami memohon jaminan berjumlah RM500,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sebulan sekali,” katanya.

Peguam Alsabri Ahmad Kabri yang mewakili Azhidi memohon jaminan kerana anak guamnya mempunyai penyakit kencing manis, jantung dan kolestrol tinggi selain dia perlu menanggung isteri serta empat anak.

“Anak guam saya tidak akan melarikan diri kerana keluarga dan perniagaannya berada di Malaysia. Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya pohon jaminan rendah iaitu RM100,000,” katanya.

Kamarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan dia perlu melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC pada setiap bulan serta tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai.



Mahkamah menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes. FMT

Datuk Seri Azhidi mengaku tak salah tipu pelaburan RM1.45 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker