Annuar usah berlagak jadi juara

Annuar usah berlagak jadi juara

UMNO Kelantan menasihatkan bekas pemimpinnya, Tan Sri Annuar Musa agar tidak terlalu mengambil peduli soal pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, tegas Ketua Penerangan UMNO Negeri, Datuk Zawawi Othman, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sepatutnya memikul tanggungjawab untuk Kerajaan Pas bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai permasalahan air bersih yang berlanjutan hingga sekarang.



“Tak payahlah dia nak pedulikan sangat hal berlaku di pusat kerana Kerajaan Perpaduan sekarang sudah pun mencapai dua pertiga majoriti dan tahu untuk mentadbir negara.

“Dia sepatutnya fokus sahaja untuk mempertahankan Pas Kelantan yang banyak terpalit dengan isu rakyat dan integriti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Zawawi, UMNO Kelantan tidak terkejut kalau Annuar rancak menyerang dan mereka cerita sensasi dalam siri ceramahnya untuk menarik perhatian Pas Kelantan.

Ujar beliau, jalan cerita seperti itu umpama skrip orang kecewa yang masih dahagakan kuasa dan jawatan sehingga sanggup menokok tambah penyedap cerita demi memburukkan UMNO yang telah 50 tahun berjasa kepadanya.



Beliau turut meminta bekas menteri itu menjawab bagi pihak Pas Kelantan, selain masalah air bersih ialah isu nepotisme lantikan anak beranak dalam jawatan kerajaan negeri serta isu kelemahan mentadbir dalam merancakkan ekonomi dan infrastruktur dalam negeri.

“Tak usahlah berlagak nak menjadi juara, ibarat pepatah Melayu, “Ayam gah berkokok, tetapi ekor berlumur tahi”. Propaganda sahaja lebih demi menutup kelemahan yang ada,” tegasnya. MG

Annuar usah berlagak jadi juara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker