Lagu Keluarga Malaysia tiup semangat patriotisme (Video)

Lagu Keluarga Malaysia tiup semangat patriotisme (Video)

KONSEP Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Predana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat amat bertepatan dengan objektif yang ingin menunjukkan nilai prihatin serta kasih syaang semua ahli keluarga besar negara.

Sebagai tanda sokongan kepada negara, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan idea tersebut sentiasa memelihara nasib ahlinya.

Antaranya dengan mencipta lagu bertemakan semangat patriotik yang berjudul Keluarga Malaysia hasil ciptaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Lagu tersebut dinyanyikan oleh Ara Johari, Masya Masyitah, Putra Muhammad daripada kumpulan MADAM dan Sufi Rashid yang dilancarkan pada 31 Ogos lalu.

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada 9 Disember ini, beberapa orang awam telah memberikan pandangan mengenai lagu Keluarga Malaysia di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur seperti yang dikongsikan dalam laman sosial Facebook.

Rata-rata menyukai karya tersebut yang mengangkat tema kesefahaman tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

“Saya kerja di restoran…memang sering mendengar lagu tersebut dimainkan di radio.

“Tiap kali dengar lagu itu, rasa bersemangat nak buat kerja,” kata seorang pemuda bernama Wasim.

Sementara itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Shiffa mengakui lagu Keluarga Malaysia amat sesuai untuk masyarakat di negara ini yang berbilang kaum.

“Bahagian korus lagu tersebut memang best…macam beri semangat walaupun saya tak dengar sehingga habis lirik.

“Tapi pada saya, ia lebih mudah difahami untuk semua berbilang kaum dan masyarakat tak kira umur dan bangsa.

“Saya rasa motif lagu tersebut memang sampai kepada semua yang dengar,” ujarnya.

Berlainan pula bagi gadis bernama Laili berpendapat intro lagu tersebut sedikit membosankan namun masih tidak lari daripada mesej yang ditujukan.

“Saya menyukai korus lagu tersebut yang ada rasa ‘mood’ patriotik. Cuma bahagian permulaan (intro) lagu bosan sedikit,” ujarnya.

Untuk info, selain lagu Keluarga Malaysia, single Menang Bersama ciptaan Datuk Mokhzani Ismail yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir turut dijadikan semangat untuk rakyat negara ini yang masih berjuang melawan wabak Covid-19.
Utv

Lagu Keluarga Malaysia tiup semangat patriotisme (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker