Mehmet tinggalkan Bos Gaurus?

IPOH: Ketika Liga Malaysia (Liga M) tinggal dua minggu untuk membuka tirai, penyokong Perak dikejutkan dengan berita jurulatih mereka, Mehmet Durakovic akan menamatkan kontrak dengan Bos Gaurus.

Menurut khabar yang bertiup kencang dalam media sosial, kedua-dua pihak kini sedang berunding mengenai penamatan kontrak.

Difahamkan, jurulatih dari Australia yang akan tamat kontrak pada November ini tidak hadir dalam sesi latihan semalam (20 Februari).



Bagaimanapun sumber rapat Perak FC yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, setakat ini Mehmet masih Ketua Jurulatih Bos Gaurus dan isu itu tidak pernah dibangkitkan.

“Setakat ini Mehmet tidak pernah memaklumkan mengenai hasrat meninggalkan pasukan.

Bos Gaurus kotakan janji kembali ke landasan kemenangan!



“Begitu juga tiada perkhabaran dari Perak FC bahawa jurulatih itu akan digantikan, ” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu hairan bagaimana isu tersebut ditimbulkan sedangkan Mehmet sendiri tidak berkata apa-apa.

“Saya tahu ada perbincangan antara jurulatih itu dengan Perak FC, Jumaat lalu tetapi tidak tahu apa butirannya,” ujarnya.

Mehmet menyertai Perak pada pertengahan 2017 dan membantu mereka menjuarai Piala Malaysia 2018.



Pada 2019, dia membawa Bos Gaurus menjulang Piala FA dengan mengalahkan Kedah 1-0. Ok

CEO TNB letak jawatan, jadi bos baharu KWSP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker