Akaun berbayar diperkenalkan Facebook dan Instagram

Akaun berbayar diperkenalkan Facebook dan Instagram

Meta mengumumkan pihaknya akan mula melancarkan perkhidmatan langganan berbayar untuk platform Facebook dan Instagram yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, berkata Meta Verified akan melancarkan perkhidmatan itu kepada pengguna di New Zealand dan Australia akhir minggu ini, lapor United Press International memetik kenyataan syarikat itu.



“Kami mahu memudahkan orang ramai, terutama pencipta kandungan untuk memberi tumpuan kepada membina komuniti mereka di Instagram atau Facebook,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan langganan yang menyasarkan pencipta kandungan itu berharga AS$11.99 di laman sesawang dan AS$14.99 untuk pengguna iOS dan Android.

Pengguna akan menerima ‘verification badge’ sama seperti di Twitter Blue.

Ia turut dilengkapi dengan akses kepada peningkatan keterlihatan dan jangkauan untuk pencipta kandungan, perlindungan daripada penyamaran dan perkhidmatan pelanggan.



“Untuk jangka panjang, kami mahu membina tawaran langganan yang bernilai kepada semua orang, termasuk pencipta kandungan, perniagaan dan komuniti kami, secara amnya.

“Pengguna yang layak untuk perkhidmatan pengesahan itu mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, perlu membuat pengesahan dengan ID kerajaan dan memenuhi keperluan yang ditetapkan,” menurut Meta. BH

Akaun berbayar diperkenalkan Facebook dan Instagram

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker