Lebih 1,000 penduduk Jakarta terpaksa berpindah akibat banjir

Hujan lebat, angin kencang dijangka berterusan hingga awal Mac

Banjir besar di beberapa daerah di ibu negara Indonesia,  memaksa lebih 1,000 penduduk meninggalkan rumah mereka, hari ini.

Seramai 1,380 penduduk Jakarta dari daerah selatan dan timur bandar terpaksa berpindah setelah air banjir mencapai ketinggian 1.8 meter, kata pemangku ketua agensi pengurusan bencana, Sabdo Kurnianto dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, setakat ini tidak ada korban jiwa dilaporkan.

“200 kawasan sekitar terjejas, menurut data terbaru,” kata Gabenor Jakarta, Anies Baswedan kepada televisyen tempatan pada awal hari Sabtu, sambil menambah puluhan pusat pemindahan telah disediakan di seluruh bandar.

“Hujan telah berhenti, tetapi air dari kawasan lain masih membanjiri Jakarta.

“Mudah-mudahan tidak akan melanda pusat bandar dan bila air surut penduduk dapat meneruskan aktiviti mereka,” katanya.

Badan Meteorologi Indonesia (BMKG) memberi amaran, hujan lebat termasuk guruh dan angin kencang akan berlaku di ibu kota, dijangka sepanjang minggu depan.

“Jakarta dan sekitarnya masih dalam musim hujan, dijangka akan berlanjutan hingga akhir Februari atau awal Mac.”

BMKG memberitahu, Jakarta akan mengambil langkah berjaga-jaga selama empat hari akan datang.

Bencana banjir di jakarta berlaku ketika Indonesia sedang menghadapi jumlah kenaikan kes jangkitan COVID-19 dan kematian yang tertinggi di Asia Tenggara, termasuk kemelesetan ekonomi. – Agensi

Amaran cuaca buruk dan waspada di beberapa negeri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker