Amaran ribut tropika – Met Malaysia

Kedudukan ribut sekitar 465 km ke Timur Davao, Filipina petang tadi

KUALA LUMPUR, 8 Rejab 1442H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 1,324 kilometer (km) ke timur Sandakan, Sabah.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu berada sekitar 465 km ke Timur Davao, Filipina pada 5 petang tadi.

“Kelajuan maksimum angin boleh mencapai 72 km sejam (km/j),” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. – Bernama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker