[VIDEO] Botol Berbau Petrol, Kesan Simbahan Petrol Ditemui. 6 Buah Kenderaan Terbakar ..

Tujuh kenderaan yang terbakar di parkir sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam di sini pada Rabu, dipercayai angkara khianat dengan api.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kes itu pada jam 12.45 tengah hari.

“Kita telah pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tujuh kenderaan pelbagai jenama telah terbakar.

“Pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menjumpai satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Basri berkata, sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran telah diambil dan dibawa ke makmal untuk analisis punca sebenar kebakaran.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada Rabu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh bergegas ke lokasi.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Sharul Azwan Ibnu Sahad berkata, operasi pemadaman kebakaran itu melibatkan 21 anggota.

 

Sebelum ini dilaporkan

Enam kenderaan di parkir PPR Pantai Ria terbakar

Sebanyak enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh bergegas ke lokasi.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Sharul Azwan Ibnu Sahad berkata, kebakaran membabitkan sebuah van dan lima kereta yang di parkir perumahan berkenaan.

“Tindakan operasi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh 21 anggota bagi mengawal kebakaran,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

“Perodua Bezza terbakar 80 peratus, Toyota Vios terbakar 40 peratus, Perodua Kelisa dan sebuah lagi Perodua Myvi masing-masing terbakar 20 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.59 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/184xIh0e/kebakaran-enam-kenderaan-di-parkir-ppr-pantai-ria-pantai-dalam_hd.mp4[/KGVID]

Kebakaran di George Town musnahkan rumah, lima bangunan lain rosak

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker