Kebakaran di George Town musnahkan rumah, lima bangunan lain rosak



Sebuah rumah musnah manakala lima bangunan bersebelahan mengalami kerosakkan dalam kebakaraan di Jalan Dato Keramat, di sini sebentar tadi.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata tidak ada sesiapa kecederaan dalam kejadian tengah hari itu.

Menurut beliau, lebih 90 peratus rumah berkenaan musnah manakala bangunan-bangunan bersebelahan mengalami kerosakan terhad.

Kebakaran itu mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar dengan kepulan asap tebal dan api marak menjulang di pusat bandar George Town.

Keja-kerja pemadaman masih dilakukan. FMT






Leave a Reply

Your email address will not be published.