Kerajaan 4 Pembangkang 0, Belanjawan Kementerian Perpaduan Negara lulus melalui undian suara

Dewan Rakyat sebentara tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara melalui undi suara.

Seperti RUU Kementerian Luar, RUU itu turut mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Timbalan Speaker, Azalina Othman Said, memutuskan pengundian dijalankan selepas sesi penggulungan Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique.

Selepas kementerian perpaduan, hanya tinggal satu lagi kementerian yang akan menggulung hari ini iaitu kementerian perusahaan, perladangan dan komoditi.

Setakat ini, belanjawan untuk empat kementerian telah diluluskan – jabatan perdana menteri, kementerian kewangan, kementerian luar dan terbaru kementerian perpaduan negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker