Nabil Mahir terima rawatan kecemasan

Nabil Mahir terima rawatan kecemasan

Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital apabila diserang alahan teruk selepas tersalah mengambil ubat, semalam.

Isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkata, pada mulanya, mereka ke hospital berkenaan membawa anak, Ana Nayla untuk pemeriksaan matanya yang tiba-tiba berair, tetapi Nabil pula yang teruk.



“Cepat sembuh sayang. Semalam, Nabil tersalah makan ubat. Rupanya, dia alah dengan ubat itu. Nak bawa Ana Nayla buat pemeriksaan mata yang tiba-tiba berair, akhirnya Dada (bapa) dia lagi teruk.

“Mata tak boleh buka dan sampai susah nak bernafas. Pergi kecemasan terus, nasib baik kami memang di hospital!” tulis Ayda di Instagram.

Ayda juga menasihatkan pengikutnya di Instagram supaya berhati-hati dengan alahan kerana ia sangat bahaya.

“Penting untuk tahu ubat atau makanan apa yang kita alah! Jangan buat main! Ada yang cadangkan supaya buat ujian alahan. Nanti kami cuba.



“Doakan dia cepat baik. Terima kasih semua. Kalau kalian dah tahu, kalian alah kepada apa, elakkanlah walaupun kawan kalian atau sesiapa cakap, ‘ala, makan sikit saja, bukan mati pun’. Tolong faham alahan ini bahaya,” tulisnya.

Di Instagram, Ayda juga turut memuat naik gambar dan video memaparkan keadaan Nabil yang mukanya bengkak dan terpaksa memakai alat bantuan pernafasan. HM

Nabil Mahir terima rawatan kecemasan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker