Gesa siasat parti lain bukti Bersatu dalam ‘ketakutan’

Gesa siasat parti lain bukti Bersatu dalam ‘ketakutan’

Gesaan bekas pembantu Muhyiddin Yassin yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun parti politik lain membuktikan Bersatu ‘ketakutan’ susulan rekod kewangannya sedang diteliti, kata pemimpin Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata ia “munasabah” untuk siasatan dilakukan terhadap Bersatu memandangkan parti itu, walaupun agak baharu, dilihat mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan pada kempen pilihan raya umum lalu.



Beliau berkata, terdapat juga dakwaan salah laku pemimpin Bersatu yang berkhidmat dalam kerajaan PN sebelum ini.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan akaun Bersatu dibekukan mengikut undang-undang pengubahan wang haram.

Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu berkaitan dengan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19.

Pada 3 Feb, Marzuki yang juga bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin, menuntut SPRM melakukan siasatan terhadap perbelanjaan pilihan raya oleh PKR dan DAP, yang didakwanya berjumlah “beratus juta”



Puad ketika memberitahu FMT, berkata Marzuki tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain. “Muhyiddin sendiri berkata Bersatu bersih dan menolak rasuah. Jadi, berdepanlah siasatan seperti ‘gentleman’,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, berkata rakan komponen gabungannya bersedia berdepan sebarang siasatan berhubung akaun kewangannya.

Anwar berkata, PH sentiasa menghantar penyata kewangannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) secara tahunan untuk diaudit. FMT

Gesa siasat parti lain bukti Bersatu dalam ‘ketakutan’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan



Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker