Perancis cadang satu dos vaksin untuk bekas pesakit

PARIS: Perancis mengesyorkan individu yang sudah pulih dari COVID-19 menerima satu dos vaksin, negara pertama yang mengeluarkan panduan demikian.

Ketiga-tiga vaksin COVID-19 yang diluluskan untuk digunakan di Kesatuan Eropah dalam bentuk dua dos, sudah diberikan beberapa minggu yang lalu.

Ini berikutan ujian klinikal menunjukkan bahawa imuniti terhadap penyakit ini jauh lebih tinggi, selepas individu mendapat dua dos suntikan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan awam Perancis mengatakan bahawa mereka yang sudah pulih COVID-19 mempunyai tindak balas imun yang serupa dan mungkin dengan satu dos selepas jangkitan, sudah mencukupi.

“Satu dos vaksin juga akan berperanan untuk mengingatkan sistem imun mereka bagaimana memerangi COVID-19.

“Ketika ini tidak ada negara yang secara jelas menetapkan hanya satu dos vaksin kepada mereka yang sudah dijangkiti COVID-19,” menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan awam yang turut mencadangkan jarak antara tiga hingga enam bulan, selepas jangkitan sebelum individu yang menerima suntikan.

Semalam, lebih daripada 2.1 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dengan hampir 535,800 orang menerima dua suntikan.

Sekurang-kurangnya 3.4 juta orang jangkitan COVID-19 di Perancis, walaupun ada kemungkinan lebih banyak kerana kekurangan ujian yang mudah diakses, semasa gelombang pertama wabak ini.

Dua kajian oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menunjukkan bahawa satu dos vaksin mungkin berfungsi pada individu yang sudah pulih dari COVID-19 dan kekebalannya mungkin sama dengan hanya menerima satu suntikan.

Vaksin yang masih dibangunkan oleh Johnson & Johnson berfungsi dengan satu dos saja, masih belum mendapat kebenaran penggunaan kecemasan dari pengawal selia Kesatuan Eropah dan AS. – AFP

Leave a Reply