Malaysia tambah 12.2 juta dos vaksin Covid-19 Pfizer


Kerajaan bersetuju membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer-BioNTech untuk diberikan kepada penduduk.

Dalam kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 25 juta dos meliputi 39% populasi penduduk dan akan diterima sepanjang tahun ini.

Terdahulu, KKM mewakili kerajaan menandatangani Manufacturing & Supply Agreement (MSA) bagi pembekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech pada 10.30 pagi tadi.

“Majlis menandatangani perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, bagi pihak kerajaan Malaysia manakala pihak Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Luksanawan Thangpaibool, Pengurus Negara (Malaysia/Brunei) secara virtual di pejabat Menteri Kesihatan, Putrajaya.



“Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung bulan Februari ini meliputi 20% populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang,” katanya.

KKM berkata, perjanjian yang dimeterai hari ini untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh Malaysia.

Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Pfizer November lalu untuk menjalankan program vaksinasi yang menyasarkan sekitar 6.4 juta orang, iaitu kira-kira 20% daripada jumlah populasi negara. FMT

BioNTech beri amaran usah lengah dos kedua



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker