Jika PAS berjiwa besar untuk terima Amanah, UMNO akan cuba terima Bersatu


Perhimpunan Agung UMNO pada Ahad lalu telah mengesahkan bahawa keputusan UMNO untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 tidak lama lagi. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya keputusan MKT sebelum ini dan hanya disahkan dalam PAU berkenaan.

Suara akar umbi UMNO telah diangkat dan segala keluh kesah ahli yang selama ini rasa dibuli oleh parti cicak kubeng yang berlagak semacam naga berakhir. Ini juga mengesahkan bahawa PPBM adalah lawan dan musuh politik UMNO secara rasminya.

Namun demikian sejak berakhirnya PAU, hubungan UMNO dan PAS agak dingin hasil daripasa ucapan-ucapan pemimpin UMNO yang jujur dan berterus terang akan kekecewaan mereka dengan sikap PAS. Istilah main dua kolam telah digunakan untuk mengambarkan bahawa PAS cuba bermain politik selamat yang kununnya mengambil jalan tengah utk merintih penyatuaan..

Adakah PAS selama ini buta dan buat – buat tidak nampak apa yang dilakukan oleh PPBM terhadap UMNO. Di hadapan UMNO parti cicak kubeng berkenaan bicara lunak tentang kesatuan ummah tetapi dibelakang mereka merencana memasang segala jerat dengan tikaman politik halus yang bertubi tubi melemahkan UMNO.

Kita faham bahawa persaiangan politik adalah normal tapi bukan bagi parti politik yang mendokong kerajaan yang sama. UMNO telah bertegas bahawa semua kerusi yang dimenangi dalam PRU14 lalu termasuk yang telah dikhianati akan diambil semula kerana ianya adalah hak UMNO. Jika PAS berada ditempat UMNO juga mereka akan buat perkara yang sama. Namun dalam isu ini mereka seolah buat-buat tak faham dan mohon UMNO untuk bertolak ansur.

Oleh yang demikian, demi kesatuan ummah elok benarlah PAS melamar parti serpihan mereka Amanah menyertai dan bersama-sama duduk di dalam PN berkongsi kerusi secara bersama dalam PRU-15.

Buktikan PAS berjiwa besar dengan Amanah dan UMNO boleh belajar daripada langkah PAS tersebut dengan berjiwa besar dengan pengkhinatan PPBM. Jika ini dilakukan insyaAllah hasrat untuk menang parti Melayu Islam memenangi 2/3 dalam PRU-15 akan tercapai.

Yeop Karai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker