Presiden UMNO Ulangi Desakan Beri Moratorium Pinjaman Menyeluruh

 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi membangkitkan isu moratorium bayaran balik pinjaman secara penuh, berbanding moratorium bersasar pada masa ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ahmad Zahid membangkitkan aduan sesetengah pihak yang mendakwa moratorium bersasar tersebut merupakan penstrukturan semula pinjaman.

“Saya secara peribadi sangat tidak berpuas hati jika apa yang dipersoalkan ramai pihak itu adalah benar.

“Seolah-olah terdapat anasir untuk mengambil kesempatan ketika rakyat sedang terdesak bagi menjana ‘long term revenue’.

“Sebab itu kita menuntut moratorium penuh untuk tempoh masa tertentu, bukan penstrukturan semula pinjaman,” katanya.

Untuk rekod, penstrukturan semula dibuat terhadap peminjam yang memohon pengurangan pembayaran bulanan untuk enam bulan.

KWSP, moratorium: BN telah cuba yang terbaik membawa harapan rakyat, kini terpulang kepada kerajaan

Bagaimanapun permintaan itu tidak dilaksanakan termasuk apabila Putrajaya mengisytiharkan darurat pada 12 Jan lalu, serta pelaksanaan PKP 2.0.

Sebaliknya kerajaan hanya melaksanakan moratorium bersasar untuk sesetengah pihak dan ia untuk mendapatkannya mereka mesti membuat permohonan kepada bank.

Bagaimanapun ia terus disuarakan antaranya oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, serta sebahagian daripada kempen #KitaMintaLima yang tular di media sosial.

Ahmad Zahid berkata, Umno tidak seharusnya dituduh sebagai bermain politik apabila membuat desakan itu.

“Apabila rakyat yang kecewa menyindir ‘banker Jaga banker’ penyokong mereka marah. Tuduh rakyat tidak tahu bersyukur.

“Kami pemimpin Umno dan BN pula dituduh bermain politik apabila bersuara dan membangkitkan persoalan ini. Sedangkan persoalan ini merentasi dimensi politik. Ini soal rakyat,” katanya lagi.

AP daging: Jawapan menteri pertanian mengecewakan – Tajuddin Rahman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker