AP daging: Jawapan menteri pertanian mengecewakan – Tajuddin Rahman

Bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani Tajuddin Abdul Rahman kecewa dengan penjelasan menteri berhubung isu pemegang permit import (AP) daging yang dipersoalnya baru-baru ini.

Menurut Tajuddin dia tidak membangkitkan isu mengenai 60 peratus AP yang dikuasai peniaga bumiputera, sebaliknya berhubung penguasaan import daging.

“Saya kecewa menteri tak faham dengan apa yang saya maksudkan. Dia sepatutnya baca dulu apa saya cakap.

“Saya persoalkan kenapa bumiputera hanya menguasai 10 peratus nilai import daging? Ini semua kerana kewujudan kartel daging.

“AP itu memanglah banyak dikuasai syarikat bumiputera. Mungkin beratus, malah mungkin beribu AP,”

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee mendakwa sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang AP daging terdiri daripada syarikat dimiliki oleh golongan bumiputera.

Ronald berkata, antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.

“Daripada segi jumlah daging yang diimport, ia bergantung kepada keupayaan syarikat berkenaan. Dua syarikat ini berupaya mengimport daging dalam kuantiti yang besar dan mampu bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya.

Ronald berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Tajuddin yang mendakwa hanya 10 peratus pemegang AP daging terdiri daripada syarikat bumiputera.

Kata Tajuddin dia tidak mempersoal tentang AP daging.

Dalam pada itu ahli parlimen Pasir Salak itu turut membidas Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang turut memberi jawapan sama kepada ketika membangkitkan isu berkenaan semasa memegang jawatan timbalan menteri.

“Jabatan Veterinar sebelum ini kalau kita tanya, dia jawab demikian juga.

“Kita persoal kenapa nilai import daging bumiputera sekitar 10 peratus? (Sebabnya) kerana penguasaan geng kartel ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker