KWSP, moratorium: BN telah cuba yang terbaik membawa harapan rakyat, kini terpulang kepada kerajaan

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sudah berusaha menyampaikan hasrat rakyat yang mahu kerajaan membenarkan lebih ramai melakukan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun, keputusan itu kini terletak kepada budi bicara pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya telah berbahas dalam Parlimen dan membuat beberapa hantaran dalam FB (Facebook) untuk menjelaskan secara terperinci berhubung dua keperluan rakyat ini.

“Saya juga telah bertemu dan berbincang one-to-one (secara bersemuka) dengan Menteri Kewangan PN (Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) pada awal minggu ini untuk menyampaikan hasrat rakyat dan menggariskan langkah-langkah bagaimana kedua kehendak ini boleh dilaksanakan.

“Dan tentunya ia boleh dilakukan tanpa memberi impak besar kepada simpanan masa tua pencarum, bank-bank, bajet atau kewangan kerajaan dan kenapa ianya mampu menyelamatkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Jelas beliau, Menteri Kewangan juga seperti yang dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perbahasannya semalam telah mengadakan dialog bersama pengurusan KWSP pada Rabu lalu.

Ahli Parlimen setuju moratorium dilanjut sehingga Jun 2021

Menurutnya, beliau difahamkan dialog tersebut bertujuan membincangkan beberapa pengubahsuaian yang boleh dilakukan supaya kemudahan pengeluaran yang bakal dilaksanakan oleh KWSP itu tidak lagi bersyarat dan tersalah sasar.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) berkata, BN telah memberikan yang terbaik dalam usaha memastikan kehendak rakyat dipenuhi oleh kerajaan.

“Secara jujur, BN telah menggunakan segala saluran sedia ada untuk menegaskan kenapa kedua-dua keperluan ini perlu ditambah baik dan dilaksanakan dengan serta-merta seiring dengan hasrat Rakyat.

“Soal nak buat atau tidak kini berada dalam tangan pemimpin tertinggi kerajaan PN maka terpulanglah kepada mereka.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (termasuk infografik-infografik dan syarat-syarat tak masuk akal),” katanya.

KWSP nak jual aset, kau tu dah kenapa? – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker