PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata dua gabungan itu masih mempunyai masa memuktamadkan rundingan kerusi

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju parti menang kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14, kekal bertanding di kerusi itu, menjelang pilihan raya negeri.

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail, berkata persetujuan itu antara parameter dicapai kedua-dua gabungan sebelum proses agihan kerusi melibatkan enam negeri dimuktamadkan.

“Perbincangan pusingan pertama sudah dibuat, perbincangan itu bersetuju beberapa parameter yang saya telah umum itu kekal.



“Kita masih ada masa lagi, yang penting kita telah bersetuju dgn parameter ‘incumbency’ (penyandang), itu contoh. Sebelum penamaan calon kita selesai,” katanya kepada pemberita pada majlis di Bayan Baru.

Katanya, proses perundingan kerusi di enam negeri melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu sedang berjalan ataupun akan sudah dijadualkan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang isu seperti permintaan mana-mana pihak menambah kerusi yang akan ditandingi, ia perlu diselesaikan di peringkat negeri.

“Kalau tak selesai akan diserah kepada pimpinan pusat untuk selesaikan,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker