Kumpulan berpangkalan di KL mungkin rancang serangan keganasan di India



Sebaran :

Agensi perisikan India dipercayai berjaya memintas transaksi kewangan yang menunjukkan satu kumpulan etnik Rohingya yang berpangkalan di Malaysia mungkin di peringkat terakhir rancangan untuk melancarkan serangan keganasan terhadap negara itu oleh kumpulan yang diketuai seorang wanita, menurut laporan The Times of India (TOI).

Laporan itu berkata, pihak berkuasa India turut menyiasat sama ada transaksi berkenaan berkait dengan pendakwah Zakir Naik, yang diberikan status pemastautin tetap di Malaysia.

Naik dikehendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016 atas pertuduhan pengubahan wang haram dan menggalakkkan ekstremisme melalui ucapan beliau.



TOI berkata, agensi perisikan itu menyebut kumpulan terbabit yang dilatih di Myanmar mungkin akan melancarkan serangan di sebuah bandar di India dalam beberapa minggu akan datang.

Memetik sumber yang mengesahkan perkara itu, laporan tersebut berkata pihak perisikan memberi amaran kepada kepada polis dan biro perisikan negeri Delhi, Haryana, UP, Bihar dan Bengal Barat supaya meningkatkan pengawasan pada lewat Jumaat.

Sasaran yang disebut termasuk Ayodhya, Bodhgaya, Srinagar dan Punjab.



Dokumen perisikan yang dilihat oleh TOI menyebut sejumlah transaksi disyaki berpusat di India melibatkan lebih RM820,000 dijejak ke seorang pemimpin Rohingya yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan beberapa pihak lain.

Dokumen itu menyebut, seorang suspek yang berpangkalan di Chennai, yang mungkin merupakan peniaga hawala (orang tengah bagi pertukaran mata wang), menerima sebahagian duit ini.

Polis percaya kumpulan terbabit bercadang untuk menyusup ke India pada pertengahan atau akhir Dis menerusi Bangladesh.



Pemimpin wanita terbabit dipercayai dilatih di Myanmar dan disyaki dia dihantar ke Myanmar dari Malaysia awal tahun ini, menurut sumber.

Polis sedang mengawasi Front Popular India yang mungkin memberi bantuan logistik kepada kumpulan itu, lapor akhbar tersebut.

Sumber perisikan berkata mereka cuba menyiasat sama ada sebuah kumpulan militan Rohingya, yang mendapat perhatian tahun lalu kerana mengutip dana untuk pelarian Rohingya di Malaysia, terlibat dalam pindahan itu.



FMT telah menghubungi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk mendapatkan komen. FMT


Sebaran :


One thought on “Kumpulan berpangkalan di KL mungkin rancang serangan keganasan di India

  • India tu penipu dan pembelit besar. Spesis atok, mengada²kan cerita. Lepas tu kaitkan dengan zakir naik.

    Reply

Leave a Reply