Sanusi pembuli besar, dakwa Guan Eng

Lim Guan Eng menyifatkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor “pembuli besar” selepas kenyataannya mahu menafikan pemberian air kepada rakyat Pulau Pinang.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, tiada ahli politik yang menafikan hak air rakyat Malaysia dan mengganggu hal berkaitan alam semula jadi.

“Tiada pemimpin Malaysia berbuat demikian sehinggalah Sanusi mengugut untuk tidak memberi air kepada sesama rakyat Malaysia.

“Apakah tindakan Sanusi itu tidak menentang kehendak tuhan dengan campur tangan dalam apa yang ditentukan tuhan dalam hal semula jadi,” katanya dalam kenyataan.



Terdahulu, Sanusi dilaporkan berkata kerajaan persekutuan diharap dapat menjadi fasilitator dalam menjayakan rundingan bagi menyelesaikan isu bayaran sumber air mentah yang dituntut Kedah daripada Pulau Pinang.

Sanusi berkata, tidak wajar untuk Kedah terpaksa berkorban bagi mengekalkan tanah hutan yang luas dan menanggung kos penyelenggaraan sumber dan aliran.

Dalam pada itu, Lim berkata kenyataan Sanusi baru-baru ini membangkitkan kemarahan rakyat termasuk orang bukan Islam.

Beliau berkata, kenyataannya berhubung golongan minoriti terutama orang Hindu dan India yang dikaitkan dengan perobohan sebuah kuil di Alor Setar yang boleh mencetuskan perpecahan.



Lim turut membuat perbandingan antara pemimpin PAS termasuk bekas menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang dianggap mempunyai keupayaan memimpin.

“Azizan ada segalanya yang Sanusia tiada, walaupun Sanusi pernah dilantik sebagai setiausaha politik Azizan selama lima tahun ketika menjadi menteri besar.

“Apa yang penting, Azizan seorang yang berkeupayaan tetapi Sanusi tidak,” katanya.

Lim berkata, rakyat Malaysia tidak akan percaya PAS sebagai sebuah parti mampu memimpin jika ada pemimpin seperti Sanusi yang membuatkan parti itu nampak tidak berkeupayaan.



“Bukan sahaja mungkir janji tetapi juga mempamerkan bahaya PAS dalam kerajaan kepada masa depan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya. FMT

Nota : Lim Guan Eng tidak perlu meroyan sekiranya Sanusi menyatakan fakta.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker