Sarawak rancang wujud syarikat telekomunikasi sendiri

Kerajaan Sarawak merancang untuk mewujudkan syarikat telekomunikasi sendiri dalam tempoh 2 tahun akan datang bertujuan mempercepatkan kesambungan internet di kawasan luar bandar, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Beliau berkata, keputusan menubuhkan syarikat telekomunikasi sendiri itu dibuat Rabu lalu bagi menyelesaikan masalah keengganan syarikat telekomunikasi sedia ada untuk memperluaskan perkhidmatan internet mereka ke kawasan luar bandar Sarawak, yang dianggap tidak menguntungkan.

“Jadi, jalan keluar adalah kerajaan (Sarawak) perlu ada telco (syarikat telekomunikasi) sendiri dan kita akan memberi subsidi kepada telco kita supaya tarif penggunaannya (perkhidmatan) rendah,” katanya dalam program “Diskusi Pasca-Bajet 2021 bersama Abg Jo” disiarkan saluran televisyen, TV Sarawak malam tadi.

Abang Johari berkata, menerusi gabungan usaha antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), sejumlah 1,246 menara komunikasi dirancang untuk dibangunkan di seluruh negeri menjelang 2023.

“(Jumlah lebih) 1,200 (menara itu) mungkin mencukupi tetapi (masalahnya) operator (syarikat telekomunikasi) yang kita kehendaki itu (enggan) untuk menggunakannya,” katanya.

Dalam program itu, Abang Johari turut menjelaskan beliau meluluskan RM150 juta Rabu lalu untuk memulakan projek perluasan liputan wifi mengikut sistem zon di negeri ini.

“Kalau (sistem) ini sudah ada, bermakna kesambungan internet dapat dilebarkan,” katanya. FMT

Abang Jo teruja bermotosikal dari Sibu ke Kapit tinjau jalan baru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker