KWSP nak jual aset, kau tu dah kenapa? – Najib Razak

Boss KWSP menjelaskan kenapa kerajaan kurang berminat dengan pengeluaran wang pencarum dari KWSP pada masa krisis Covid :

Nombor 1. “KWSP akan terpaksa jual aset.”

Komen saya:
Seperti yang saya telah jawab dalam parlimen, aset yang perlu dijual KWSP cuma bon pinjaman kerajaan dengan kadar faedah tetap yang dipegang KWSP. Biasanya bon kerajaan ini membayar faedah antara 2% hingga 4% setahun.

Sebanyak 50% daripada jumlah aset RM940 bilion KWSP adalah dari kelas aset bon pinjaman ini.

BNM boleh mengambil peranan untuk membeli sebahagian daripada bon kerajaan dipegang KWSP ini untuk mengurangkan impak kepada pasaran bon tempatan akibat penjualan oleh KWSP.

Seterusnya, BNM boleh jual semula bon ini ke pasaran bon tempatan secara bertingkat jika BNM tidak mahu pegangnya untuk tempoh yang lama.

Ataupun dijual balik kepada KWSP secara berperingkat sebab jumlah aset KWSP meningkat setiap bulan apabila majikan dan pekerja membuat caruman bulanan.

Kita tak suruh KWSP jual saham atau jual hartanah milik mereka pada harga murah.

Cuma jual sebahagian daripada bon pinjaman kerajaan secara sementara untuk membayar mereka yang mahu keluarkan wang dari KWSP untuk menghadapi krisis. Yang dia nak jual aset tu dah kenapa?

Nombor 2: “KWSP akan hilang peluang untuk melabur apabila wang dikeluarkan.”

Komen saya: KWSP perlu pertimbangkan kepentingan siapa yang lebih utama.

Ahi KWSP yang sedang lemas dan perlu dana lump sum untuk menyelesaikan masalah pada masa krisis Covid atau kehilangan KWSP untuk melabur?

Namun pada saya, kesejahteraan dan kelangsungan hidup ahli KWSP dan keluarga mereka merupakan pelaburan paling kritikal pada saat ini.

Najib Razak

Tiga cara kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan – Najib

KWSP, bukan yang ‘Demam’ sahaja, yang ‘Batuk & Selesema’ hampir demam perlu juga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker