Wee cabar Loke ulang fitnah berkait kontrak DM-LTAT di luar Dewan Rakyat

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mencabar Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook, mengulangi tuduhan berkait penamatan kontrak syarikat Dhaya Maju-LTAT (DM-LTAT) dalam projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) di luar Dewan Rakyat.

“Saya pasti akan mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Loke menggesa Wee, yang ketika ini di hospital, menjawab tuduhan CEO DM-LTAT, Razeek Md Hussain Maricar yang difailkan di mahkamah, berhubung penyerahan sub kontrak kepada “syarikat China”.

Loke yang membaca afidavit difailkan Mohamed Razeek pada 27 Oktober lalu bagi menyokong injunksi memberhentikan pembatalan itu berkata, kontrak DM-LTAT dibatalkan kerana tidak memenuhi permintaan menteri pengangkutan.

Takiyuddin ingatkan Guan Eng jangan hina mahkamah

Projek KVDT2 dihentikan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu walaupun syarikat itu sudah menyiapkan 24% projek berkenaan dan kerajaan sudah membuat pembayaran progresif lebih RM93 juta.

Wee dalam kenyataan hari ini berkata keputusan menamatkan surat setuju terima projek kepada DM-LTAT dibuat selepas pertimbangan Kabinet.

Katanya lagi, kementeriannya juga menyenaraikan baik-buruk dalam mempertahankan keputusan oleh pentadbiran lepas dan penamatkan surat setuju terima itu dalam memorandum Kabinet.

“Oleh kerana perkara ini dibawa ke mahkamah, maka tidak wajar bagi saya untuk membincangkannya secara terperinci di sini,” katanya.

Hamzah mahu bertanding PRK Batu Sapi

Menjawab dakwaan penamatan kontrak akan memberi kesan kepada kontraktor Bumiputera, Wee berkata beliau sendiri akan menjawabnya di Parlimen selepas dibenarkan keluar hospital.

Terdahulu, Loke mendakwa keputusan pembatalan itu akan menyebabkan lebih 8,000 pekerja hilang pekerjaan dan memberi kesan negatif kepada lebih 200 syarikat pembekal dan sub-kontraktor yang kebanyakannya terdiri daripada syarikat Bumiputera.

Projek itu mendapat perhatian selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan 101 kontrak yang dikatakan dibuat melalui proses rundingan terus bawah pentadbiran kerajaan PH.

Pada 25 Sept, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu kerajaan sudah mengeluarkan surat penamatan kepada DM-LTAT, berkaitan 1 kontrak bagi projek KVDT2.

KWSP, bukan yang ‘Demam’ sahaja, yang ‘Batuk & Selesema’ hampir demam perlu juga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker