[VIDEO] Kuala Lumpur tenggelam dalam banjir kilat · MYKMU.NET

[VIDEO] Kuala Lumpur tenggelam dalam banjir kilat

Share

Kuala Lumpur sesak apabila hujan lebat melanda petang tadi. Banyak jalanraya turut dilanda banjir kilat sejurus hujan berhenti.

Ramai netizen turut mengeluh dalam laman sosial mengenai kesesakan teruk yang melanda. Kebanyakan mereka memilih untuk berteduh seketika sementara menanti hujan berhenti.

Antara kawasan yang terlibata adalah di Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul halim, Jalan Maharajalela, Jalan Semarak dan Jalan Parlimen. Di Segambut dan sebahagian kawasan di Gombak juga turut dikatakan terlibat

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan lebat sejak minggu lepas berikutan perubahan monsun. Negeri pantai timur turut dijangkakan akan mengalami kadar hujan yang luarbiasa.

 

Leave a Reply