Hamzah mahu bertanding PRK Batu Sapi · MYKMU.NET

Hamzah mahu bertanding PRK Batu Sapi

Share

Bekas pemimpin Parti Amanah, Hamzah Abdullah dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Bagaimanapun difahamkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas dalam PRK pada 5 Disember ini.

Seperti laporan beberapa portal, Hamzah berbuat demikian kerana tidak mahu terikat pada peraturan parti.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Perdana Menteri telah memberitahu yang PRK di Batu Sapi perlu diadakan kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mesti diisi kekosongan kerusi selepas 60 hari ahli Parlimen di kawasan itu meninggal dunia.

Baru-baru ini kerusi itu dikosongkan ekoran penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan meninggal dunia.

SPR sebelum ini menetapkan 5 Disember sebagai tarikh hari mengundi. MG

Demi rakyat, BN tidak akan bertanding di PRK Batu Sapi

One thought on “Hamzah mahu bertanding PRK Batu Sapi

  • November 17, 2020 at 22:40
    Permalink

    Siapa yang taja Hamzah ni, semua parti kata tak nak bertanding kecuali PN & PAS

    Reply

Leave a Reply