Kenyataan Jho Low: Jangan terima ‘bulat-bulat’ – Peguam Najib

Share

Exclusive interview with Jho Lo @ Low Taek Jho on 28 July 2010.
KUALA LUMPUR: Pengakuan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dinilai dengan lebih berhati-hati.

Memetik laporan FMT, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang merupakan salah seorang pasukan guaman Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kenyataan itu tidak boleh diterima ‘bulat-bulat’.

“Pastinya dia (Jho Low) akan bercakap apa sahaja yang boleh menyelamatkan dirinya. Kenyataan yang bertujuan menyelamatkan diri ini tidak boleh diterima bulat-bulat,” lapor FMT.

Katanya, penting untuk melihat konteks kenyataan Jho Low secara menyeluruh, di mana dia bukan sahaja mengaku melakukan kesalahan tetapi juga cuba membuat perjanjian dengan pentadbiran Pakatan Harapan bagi mengelak daripada didakwa.

Menurut laporan itu lagi, Farhan menegaskan bahawa pihaknya kekal dengan pendirian iaitu untuk membawa Jho Low kembali ke Malaysia dan berdepan dengan mahkamah.

“Kita tengok jika apa yang akan dikatakannya selari dengan pemeriksaan balas,” kata Farhan seperti dilaporkan FMT.

Jho Low yang dilabel umum sebagai ‘mastermind’ dalam skandal 1MDB percaya dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB.

Rakaman pengakuan itu dibuatnya yang didedahkan melalui sebuah dokumentari disiarkan stesen penyiaran Al Jazeera.

Dokumentari bertajuk ‘Jho Low – Hunt for a Fugitive’ yang berdurasi selama sejam itu dimulakan dengan panggilan telefon antara Jho Low dan kerajaan Malaysia antara Mei hingga November 2018.

Tegas Jho Low, dia hanya meminjam wang berbilion dolar berkenaan daripada 1MDB untuk dirinya. Awani

Peguam Najib gesa Jho Low serah diri

Leave a Reply