Gelandangan warga emas berkerusi roda disamun, ditumbuk berkali-kali · MYKMU.NET

Gelandangan warga emas berkerusi roda disamun, ditumbuk berkali-kali

Share

GEORGE TOWN: Seorang gelandangan cedera di muka akibat ditumbuk seorang lelaki yang bertindak menyamun beg silangnya dalam kejadian di Jalan Lebuh Cina, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi ketika warga emas lelaki berusia 66 tahun itu sedang berbual bersama seorang rakannya di tepi jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa yang ketika itu berkerusi roda kerana patah kaki kanan dan kiri akibat kemalangan jalanraya telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu berbual dengannya.

“Secara tiba-tiba, suspek telah bertindak menarik beg silang mangsa mengakibatkan berlaku tolak-menolak antara mangsa dengan suspek.

“Suspek kemudiannya bertindak menumbuk muka mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang ditunggang seorang lagi rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Soffian, suspek yang berusia 32 tahun itu berjaya diberkas polis di Lorong Steward, George Town kira-kira sejam selepas kejadian.

Turut dirampas ialah sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian itu.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, manakala hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek negatif dadah.

Suspek bagaimanapun dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengidap penyakit tibi dan pendarahan dalam perut.

Polis masih mengesan rakan suspek yang masih bebas yang turut terlibat dalam kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun dengan mendatangkan kecederaan. Awani

Warga emas disamun ketika isi minyak motosikal

Leave a Reply