Demi rakyat, BN tidak akan bertanding di PRK Batu Sapi

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri berkenaan.



“BN mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Parlimen Batu Sapi. Keputusan ini dibuat kerana BN merasakan Covid-19 hendaklah dielakkan dari menular, sekiranya PRK diadakan sebagaimana dialami sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu,” katanya.

Ada sesuatu di Batu Sapi, mampukah BN rampas semula kubu lama

Sehubungan itu, beliau berkata, BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian.



“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya.

Terdahulu, SPR dalam kenyataan medianya pada Selasa lalu telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Selasa depan untuk membincangkan tarikh penting berhubung PRK itu nanti.

Pemuda UMNO cadang BN dan PN jangan bertanding PRK Batu Sapi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker