Setelah pendedahan Najib, SilTerra akhirnya dijual kepada syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR: Konsortium yang diterajui Dagang NeXchange Bhd (DNeX) memenangi tawaran mengambil alih pengeluar cip global, SilTerra Malaysia Sdn Bhd daripada Khazanah Nasional Bhd.

DNeX dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pada 5 Februari 2021, Khazanah memaklumkan bahawa ia menerima tawaran konsortium yang diterajuinya untuk cadangan penjualan keseluruhan terbitan modal saham SilTerra oleh sayap pelaburan kerajaan itu, tertakluk kepada pemeteraian perjanjian yang pasti.

Katanya, penerimaan tawaran itu masih tertakluk kepada kerahsiaan sulit yang ketat dengan Khazanah dan butiran lanjut mengenai tawaran tidak boleh didedahkan sehingga pemeteraian perjanjian itu.

“Syarikat akan membuat pengumuman yang diperlukan tepat pada waktunya, sesuai dengan Syarat Penyenaraian apabila ada perkembangan material berkenaannya atau ketika perjanjian yang pasti telah dimeterai,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan bahawa Khazanah wajar mempertimbangkan untuk melepaskan kepentingannya dalam pengeluar cip global, SilTerra kepada syarikat tempatan yang berminat bagi menjamin dasar pembangunan Bumiputera.

DNeX dan Green Packet Bhd (GPacket) adalah dua syarikat tempatan yang membuat bidaan kepada Khazanah bagi memperoleh kepentingan dalam SilTerra.

Dua firma global iaitu Foxconn Technology Group dan syarikat Jerman, X-FAB juga menyertai bidaan mengambil alih kepentingan pengeluar cip global itu.

Dalam temubual bersama BH dan NST pada Disember lalu, Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata DNeX bersedia untuk memulihkan SilTerra, jika diberi peluang untuk memulihkan anak syarikat milik penuh Khazanah itu.

Malah, beliau berkata, DNeX memberi jaminan bahawa pemilikan SilTerra akan kekal sebagai syarikat Malaysia meskipun ia menjalin usaha sama dengan syarikat asing.

Katanya, DNeX mempunyai pelan strategik untuk membawa SilTerra berkembang maju menerusi kerjasama dengan Beijing CGP Investment Co Ltd (Beijing CGP), yang mempunyai skala dan teknologi untuk memajukan SilTerra.

 

 

 

Berita Terdahulu:

“Sumber industri berkata, penjualan SilTerra kepada syarikat luar negara akan membangkitkan beberapa persoalan, antaranya berhubung masa depan pembangunan industri semikonduktor berteknologi tinggi di negara ini.

“Penjualan SilTerra kepada syarikat asing bermakna Malaysia secara efektif akan keluar daripada industri semikonduktor, ketika negara lain bersaing sesama sendiri untuk memasukinya memandangkan dunia menjadi semakin bergantung kepada pendigitalan, di samping kemunculan Internet untuk Semua Benda (IoT).

“Walaupun SilTerra ketika ini belum menyumbang kepada pembangunan mana-mana ekosistem di Malaysia di sebalik penggunaan cip pintar dalam kehidupan kita sehari-hari, penjualannya kepada syarikat asing akan ‘membunuh’ peluang untuk negara ini membangunkan ekosistem berteknologi tinggi,”

Kerajaan PN sudah memulakan proses penjualan SilTerra.

SilTerra dimulakan zaman PM4 dan syarikat semikonduktor ini adalah 100% milik Khazanah Nasional.

Silterra pernah menjadi modal politik besar untuk DAP pada tahun 2008 sebelum saya menjadi PM.

https://dapmalaysia.org/english/2008/nov08/bul/bul3588.htm

Masa itu, DAP kata Silterra rugi RM1 bilion pada tahun 2007, rugi RM646 juta pada tahun 2006 dan RM864 juta pada tahun 2005.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1995 masa PM ke-4, Silterra sering rugi besar setiap tahun.

Jumlah kerugian yang dicatat untuk tempoh 16 tahun pertama Silterra sehingga tahun 2011 mencecah RM10 bilion – kesemuanya ditanggung kerajaan.
Tetapi ianya boleh dipulihkan tanpa dijual kepada orang asing.

Dalam tempoh 5 tahun pertama saya jadi PM, kerugian tahunan Silterra dapat dikurangkan tetapi ianya masih rugi.

Untuk tahun 2009 ke 2013, jumlah kerugian Silterra terkumpul adalah RM342 juta.

Pada tahun 2014, sebuah syarikat China berminat untuk membeli Silterra.

Akhirnya, saya sebagai pengerusi Khazanah menghentikan keputusan untuk menjualnya.

Paling ironi ialah masa itu, PM ke-4 juga sokong keputusan untuk tidak menjual walaupun Silterra merupakan syarikat yang terus mengalami kerugian.

“Business Times has learnt that Khazanah Nasional Bhd has aborted the plan to sell the majority stake in its 98 per cent-owned company after it was directed by the government to not divest the wafer foundry.”

“Sources said prior to the November meeting, Khazanah officials had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is Khazanah board chairman.”

“Among the reasons cited for calling off the sale is the fact that SilTerra’s operations are vital to the Malaysian economy, notably its semiconductor.”

https://www.nst.com.my/…/%E2%80%98silterra-stake-sale…

Keputusan tahun itu akhirnya terbukti betul apabila SilTerra mencatat keuntungan terkumpul sebanyak RM699.5 juta bagi tempoh 2014 hingga akhir tahun 2017 sebelum PRU14.

Keuntungan SilTerra sejak beberapa tahun lalu juga disahkan PM7 dalam parlimen tahun lepas apabila dia menjawab kenapa SilTerra terlibat dalam projek kereta nasional ketiga.

https://www.theedgemarkets.com/…/dr-m-says-private…

Namun, media melaporkan bahawa kerajaan PN dalam peringkat terakhir untuk menjual SilTerra dan beberapa tawaran telah diterima dari beberapa pembeli.

Pembida utama yang juga merupakan pembida pilihan kerajaan PN merupakan syarikat Foxconn dari Taiwan dengan harga RM515 juta.

Pembida kedua merupakan syarikat X-FAB dari Jerman.

Pembida ketiga ialah syarikat JV melibatkan syarikat swasta tempatan GPacket dengan 55 peratus kepentingan dimiliki oleh syarikat itu, manakala 45 peratus lagi dimiliki oleh rakan konsortiumnya, Dongfang Huijia Zhuhai Asset Management Co Ltd yang mengemukakan bidaan tunai RM235 juta.

Pembida terakhir ialah syarikat JV antara syarikat swasta tempatan DNeX dan rakan strategiknya, Beijing CGP Investment Co Ltd (CGP) dengan bayaran tunai RM136 juta serta menyerap hutang RM210 juta.

https://www.bharian.com.my/…/silterra-perlu-kekal-jadi…

Susah payah kerajaan BN dahulu masa saya PM memulihkan syarikat Silterra dari kerugian memanjang kepada keuntungan tetapi tiba-tiba akan dijual pulak kepada syarikat asing.

Kerajaan perlu menjelaskan apakah rasional untuk menjualnya sedangkan syarikat ini mencatat keuntungan dan ianya strategik untuk industri elektronik negara.
Ataupun ianya telah kembali mencatat kerugian besar sejak zaman PH?

Paling pelik ialah PM4/7 dan anaknya sedang membisu sekarang walaupun mereka berdua antara yang membantah dan meminta saya tidak menjual Silterra pada tahun 2014.
===

Selepas ini, penyokong PH tentu akan memetik satu artikel dari tahun 2016 di mana saya dipetik sebagai berkata kerajaan terbuka untuk menerima cadangan dari pelabur asing untuk membeli sebahagian dari Silterra.
https://www.thestar.com.my/…/najib-says-govt-open-to…/

Tetapi mereka tidak akan memetik syarat yang saya bagi masa itu, iaitu “harga yang ditawar perlu diterima oleh kerajaan dan operasi Silterra yang berterusan mesti tetap memberi manfaat kepada Malaysia.”
Hakikatnya, Silterra tidak dijual masa saya PM.

 

CAMPURTANGAN DALAM SILTERRA, SIAPA MAIN WAYANG?

SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0

 

SilTerra – Habuan Komisen Jual Aset Negara Masuk ke Poket Siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker