SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0 · MYKMU.NET

SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0

Share

SILTERRA – DILEMA KHAZANAH DI ZAMAN PAKATAN HARAPAN

SilTerra

Selain daripada kerugian berterusan yang dialami syarikat penerbangan MAS, SilTerra adalah beban kedua buat Khazanah sehingga kini. Syarikat yang wujud sejak 1995 bagi tujuan pembangunan ekosistem semikonduktor di negara ini, kini merupakan antara 15 firma fabrikasi cip wafer terbesar di dunia.

Malangnya, SilTerra terbeban dengan pembayaran pinjaman modal yang diberikan Khazanah dan akhirnya mengalami kerugian setiap tahun sejak 2008 lagi. Bagi menyelamatkan SilTerra, maka Khazanah mengambil keputusan untuk mencari rakan pelabur dan di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, pelbagai syarikat
luar negara termasuklah Amerika, Kanada dan China telah menunjukkan minat mereka sebagai pelabur.

Najib Razak, SilTerra

DS Najib Razak telah mendapat kritikan hebat dari pihak yang membangkang terutamanya dari Dr Mahathir yang menuduh kerajaan BN ketika itu sedang menggadaikan kepentingan negara kepada negara asing terutamanya negara China. Hakikatnya, desas-desus untuk menjual pegangan saham Khazanah ataupun menjual SilTerra telah kedengaran sejak 2008 lagi.

Malahan di bawah pentadbiran DS Najib juga,syarikat-syarikat tempatan telah diberi peluang untuk membeli pegangan saham Khazanah tetapi masih tiada syarikat tempatan yang mampu memenuhi kriteria Khazanah. Oleh kerana itu, DS Najib telah mempelawa pelaburan asing dan salah satunya adalah X-Fab Silicon Foundries dari German dengan syarat harga yang ditetapkan Khazanah dan operasi SilTerra mampu memberi manfaat kepada Malaysia. Namun, ia tidak berlaku.

Lim Guan Eng, SilTerra

Setelah BN hilang kuasa dan PH mengambilalih pemerintahan negara, ahli lembaga pengarah Khazanah juga turut berubah di mana Mahathir telah melantik dirinya sebagai Pengerusi. Maka, Mahathir telah melahirkan cadangan membuat kereta nasional 3.0 dan SilTerra dikatakan salah satu pelabur utama untuk projek ini.

Untuk mengelirukan rakyat, Guan Eng yang ketika itu adalah Menteri Kewangan PH telah mengumumkan Khazanah dan anak syarikat pelaburannya, SilTerra akan terlibat di dalam projek kereta nasional 3.0. tanpa melibatkan dana awam. Apabila Datuk Wee Ka Siong mempersoalkan bagaimana Silterra yang mengalami  kerugian besar 10 tahun berturut-turut tidak akan melibatkan dana awam dalam projek kereta nasional 3.0.

Pakatan Harapan juga telah berjanji yang projek kereta nasional 3.0 adalah projek swasta yang tidak akan melibatkan dana awam. Persoalannya, apakah Khazanah sebagai pemegang saham terbesar SilTerra tidak langsung melibatkan dana awam dan apakah Khazanah tidak lagi memiliki SilTerra?

Di zaman PH, SilTerra dikisahkan sebagai syarikat yang berjaya dan sentiasa mempelbagaikan perniagaan mereka sehingga Guan Eng juga turut membawa pelabur dari Taiwan. Namun, Khazanah tetap mengeluarkan laporan yang menunjukkan kerugian berbilion ringgit.

Apakah Khazanah yang dipengerusikan Mahathir ketika zaman PH cuba buat? Dilema Khazanah kekal berterusan tanpa penyelesaian malahan bertambah parah di zaman pemerintahan Pakatan Harapan.

Tulisan – Mantra

Pihak kami tidak bertanggungjawab dengan semua komen berkaitan artikel.

CAMPURTANGAN DALAM SILTERRA, SIAPA MAIN WAYANG?

 

Leave a Reply