Guna kereta, meja berlainan pun tak boleh

Polis menegaskan selain daripada faktor pekerjaan, setiap isi rumah hanya dibenarkan mempunyai dua orang untuk keluar rumah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, peraturan itu masih terpakai walaupun jika isi rumah tersebut menggunakan lebih daripada satu kenderaan untuk mengangkut anggota keluarga yang melebihi dua orang.

Katanya, peraturan maksimum dua orang itu juga melarang anggota keluarga menjamu selera secara beramai-ramai di restoran, walaupun mereka duduk di meja berasingan.

Beliau berkata, peraturan tersebut bertujuan mengurangkan jumlah orang yang berkumpul-kumpul.

“Jika orang ramai melakukan interpretasi sendiri terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, maka kawalan pergerakan adalah langsung tidak bermakna,” katanya kepada Sinchew Daily.

Abd. Rahim berkata, walaupun SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara adalah jelas iaitu hanya dua orang daripada satu keluarga dibenarkan keluar, tetapi ada orang yang sanggup berbohong semata-mata mahu menjamu selera secara beramai-ramai di kedai makan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP dan bersama-sama untuk memerangi wabak COVID-19. MG

PKPB : Masih boleh makan di restoran tetapi terhadap 2 orang satu meja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker