PKPB : Masih boleh makan di restoran tetapi terhadap 2 orang satu meja

Orang ramai masih dibenarkan untuk makan dan minum di restoran dan kedai makan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan semula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi ini terhad kepada dua orang setiap meja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Namun begitu, katanya, orang ramai digalakkan untuk membungkus, menggunakan khidmat penghantaran makanan, atau membeli melalui pandu lalu.

Dia juga menekankan bahawa semua aktiviti ekonomi, perniagaan dan industri seperti restoran dan kedai-kedai akan dibenarkan beroperasi seperti biasa walaupun waktu perniagaan mereka akan disingkatkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Ini susulan selepas pengumuman semalam bahawa kerajaan akan melasanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa tengah malam ini.

Restoran sedia terima pelanggan tapi SOP cetus persoalan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker