Pakej kemas rumah dan “kerja dari hotel” selamatkan hotel · MYKMU.NET

Pakej kemas rumah dan “kerja dari hotel” selamatkan hotel

Share

Hotel-hotel bertaraf lima bintang telah memperkenalkan pelbagai pakej dan perkhidmatan “luar biasa” untuk menghadapi jumlah tempahan bilik dan dewan yang menyusut mendadak dalam keadaan wabak COVID-19.

Sinchew Daily melaporkan, terdapat hotel mewah yang menawarkan tempahan makanan yang hanya berharga belasan ringgit sebungkus, malahan ada juga hotel bertaraf lima bintang yang menawarkan perkhidmatan “kemas rumah” (house keeping) pada harga RM100 sejam.

Selari dengan saranan kerja dari rumah, hotel juga menawarkan pakej bekerja dari hotel yang menjanjikan suasana lebih selesa berbanding di rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng berkata, hotel-hotel menggunakan sumber yang ada untuk memperkenalkan pakej baharu bagi menjana pendapatan tambahan.

Beliau berkata, walaupun perkhidmatan baharu itu tidak dapat menampung kerugian yang dialami industri perhotelan, tetapi ia sekurang-kurangnya dapat membantu dari segi pembayaran gaji pekerja.

“Hotel telah memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan baharu sejak Jun, malahan ada yang mengubah bilik hotel menjadi bilik bekerja berkongsi.

“Walau bagaimanapun, sambutan yang diterima tidaklah terlalu hangat,” katanya kepada Sinchew Daily.Menurut, sesetengah hotel turut menjadikan dewan utama dan kafe sebagai tempat bekerja selain menawarkan bekalan kopi dan teh sepanjang masa.

“Konsep seperti ini masih baharu, tetapi nampaknya ia tidak dapat menjana pendapatan yang besar untuk hotel,” katanya. MG

Leave a Reply