Zarina Anjoulie Terkejut Anak Teruna Berkenankan Anak Gadis Wawa Zainal, Siap Nak Buat Special Untuknya

Pelakon Zarina Anjoulie terkesima apabila anak lelakinya, Martin Ezra Mikael memberitahu dia meminati anak perempuan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang kini berusia 5 tahun.

Kongsi Anju menerusi akaun Instagramnya, Martin, 4, meminati Hayla kerana kecantikannya.

“Allahu tinggi cita-cita anak aku lahai dia kata anak Wawa Zainal girlfriend dia pula. She is adorable.

“Tunggulah mama kaya baru cerita nak anak Wawa ye.

“Korang perasaan tak muka mereka agak sama terutamanya kalau dari tepi?” tulis Anju.

Dalam entri sama Anju memuatkan sepotong video perbualannya bersama Martin yang mahu membelikan kucing untuk Hayla.

“Saya sentiasa sukakan budak perempuan.

“Saya akan gembira kalau ke pet shop. Saya nak beli kucing dan hamster. Kucing untuk dia, hamster untuk saya,” kata Martin.



Entri itu dihujani dengan pelbagai komen wargamaya yang terhibur dengan gelagat Martin meminati Hayla.

“Hep! Martin dah pandai tengok anak dara ye,” tulis @sitizalina1010.

“Martin tinggi selera. Pandai pilih girlfriend cun,” tambah @leeyadolce_1.

“Boleh tahan taste Martin. Ini sangat comel,” tulis pengguna lain.

“This boy really know how to win girl heart. Watch out Hayla,” tambah pengguna lain pula.

Aeril dan Wawa yang berkahwin pada 2013 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Sofya, 1 tahun.

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia.

Selepas beberapa tahun kemunculan dalam dunia hiburan, aktres yang dikenali sebagai Zarina Anjoulie ini menghil4ngkan diri daripada media dan peminat sejurus berpindah ke Brunei.



Kini beliau lebih aktif berinteraksi dengan para pengikut di media sosial yang mana kirimannya banyak berkaitan dengan pemasaran perniagaan yang dijalankan.-Limau Manis

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker