Jururawat ditahan disyaki bunuh 8 bayi di Hospital Chester

Polis menahan semula seorang jururawat kerana disyaki membunuh lapan orang bayi selain terlibat dalam cubaan membunuh sembilan lagi bayi di hospital di Chester.

Suspek dikenali sebagai Lucy Letby direman untuk membolehkan polis meneruskan siasatan selepas siasatan kematian bayi di Hospital Countess of Chester dilakukan.

Sebelum ini suspek pernah ditahan polis selama dua hari dan menggeledah rumahnya di Chester namun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan tertangguh.

Bagaimanapun polis mengesahkan jururawat itu pernah ditangkap pada 2018 dan 2019 berhubung kematian lapan bayi dan cuba membunuh sembilan lagi bayi.

Ketua Inspektor Detektif Paul Hughes yang bertanggungjawab mengendalikan kes berkenaan berkata, sudah tiga tahun sejak pihaknya membuka kertas siasatan pertama mengenai kematian bayi di Unit Neonatal di hospital tersebut.

“Ketika itu pasukan penyiasat begitu berdedikasi bekerja keras dalam kes sensitif dan sangat kompleks ini untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan kematian bayi.

“Pada Julai 2018 seorang pakar kesihatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan kematian lapan bayi ini dan cubaan membunuh enam yang lain di Unit Neonatal hospital itu.

“Bagaimanapun dia dibenarkan jamin sebelum ditahan semula pada Jun 2019.

“Hari ini sebagai sebahagian siasatan yang sedang dikendalikan suspek kini direman dan sedang disoal siasat secara mendalam oleh polis dan para ibu bapa yang terjejas sentiasa dihubungi dan dikemaskini dengan perkembangan terkini siasatan kes kerana ada ibu bapa yang ingin mengetahui punca kematian bayi mereka,” katanya.

Kali pertama suspek ditahan tiga tahun selepas doktor melahirkan kebimbangan mengenai angka kematian bayi yang luar biasa daripada keadaan normal pada 2015. MG

Wanita Bunuh Remaja Hamil & Potong Bayi Dari Rahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker