Silap rumah nak rompak (Video)

Silap rumah nak rompak (Video)

New York: Cubaan dua lelaki bersenjata yang mahu menceroboh sebuah pangsapuri digagalkan oleh pemilik rumah yang bertindak pantas dengan melepaskan tembakan hingga suspek bertempiaran lari.

Portal NDTV melaporkan aksi itu dirakam oleh kamera loceng pintu.



Menerusi rakaman itu, salah seorang suspek, Aaron Contreras, pada mulanya mengetuk pintu pangsapuri dihuni Ethan Rodriguez.

Contreras menyamar sebagai kakitangan penyelenggaraan yang kononnya mahu memeriksa penapis dalam penyaman udara, lapor New York Post.

Rodriguez membuka pintu melalui aplikasi loceng pintu digital pada telefon bimbitnya dan berkata, tiada sesiapa di rumah.

Beberapa minit kemudian, suspek kembali dengan membawa pistol dan cuba menendang pintu depan unit itu.



Seorang lagi lelaki kelihatan memakai topeng cuba menendang pintu berkenaan.

Menyedari tindakan suspek, Rodriguez melepaskan tembakan dari dalam pangsapurinya dan peluru itu menembusi pintu depan.

Rakaman menunjukkan dua lelaki itu yang terkejut sempat melarikan diri.

Rodriguez melepaskan beberapa das tembakan dan rakaman menunjukkan peluru mengenai dinding bertentangan.



Menurut media, dia melepaskan 13 das tembakan.

Bercakap kepada WFAA, Rodriguez berkata, dia nekad menembak suspek apabila melihat mereka datang dalam keadaan bersenjata.

Suspek, Contreras ditahan pada hari sama dan ditahan di penjara Dallas County.

Silap rumah nak rompak (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker