Harris Tak Halang Intan Berlakon: “Masing-Masing Tahu Jaga Batasan…”

Pelakon Intan Ladyana, 39, dan Harris Alif, 22, yang sekian lama menjalinkan hubungan cinta itu akhirnya sudah pun bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan kecil yang berlangsung semalam, 5 Februari 2021.

Harris ketika ditanya mengenai kerjaya isterinya sebagai seorang pelakon, berkata dia memahami dan tidak pernah melarang atau meletakkan syarat untuk Intan berlakon memandangkan mereka menyedari perlu menjaga batasan masing-masing.

“Sebelum saya kenal Intan, dia memang dah berlakon… jadi, saya dah faham dia punya tugas dan kerja. Dah nama pun berlakon, tak ada sampai nak beriya sangat.

“Tapi saya tidak melarang atau meletakkan sebarang syarat pun. Intan sendiri pun tahu dia punya batasan dan tak boleh lebih daripada limit itu.

Image_2.jpg

“Masing-masing dah tahu dan kena tahu menjaga batasan sendiri. Jadi, tak ada masalah antara kami dalam soal kerjaya lakonan,” kata Harris yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan juga pengacara.

Berkongsi mengenai persiapan pernikahan, Intan mengakui alami kesukaran terutama memilih tarikh untuk majlis resepsi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

“Nak kata stres tu… tak juga tapi memang betul agak susah untuk buat persiapan. Nak beri tarikh dan kad kepada orang. Jadi, kami masih ragu-ragu dan sampai sekarang kami tak ada tarikh untuk resepsi.

Image_3.jpg

“Sebab kami takut di masa kelak PKP dilanjutkan… kita pun tak tahu. Apa pun tunggu semuanya reda dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki, kami akan adakan majlis resepsi,” ujarnya.

Menerusi sidang media yang berlangsung secara maya, Harris mendedahkan majlis merisik Intan sudah dibuat pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran isterinya.

Untuk makluman, Harris dan Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya sah bergelar suami isteri pada pagi, Jumaat di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Acara akad nikah pasangn ini disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Harris Alif, Intan Ladyana selamat bernikah, tangguh dulu tiga majlis resepsi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker