Bila Nora Danish Potong Kuku Suami: “Terbau Apa-Apa, Itulah Syurgamu Sayang”

Setiap perkahwinan yang dibina, pastinya setiap pasangan ingin ia kekal sehingga ke akhir hayat. Begitu jugalah dengan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri yang sudah kini mencecah empat tahun usia perkahwinan mereka.

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, Nedim baru-baru ini berkongsi foto isterinya sedang tekun memotong kuku kakinya. Namun, apa yang menjadi perhatian ada adalah kapsyen Nedim dan komen balas Nora.

“Ingatlah wahai isteri ku, dunia ku. Kalau ada terbau apa-apa, itulah syurgamu sayang ❤️😁,” tulsi Nedim pada kapsyen foto terbabit.

“Tiada terbau lain, melainkan bau syurga my Jannah. Ada apa lagi nak ketip? 🤣,” balas Nora pula.

Image_2.jpg

Perkongsian Nedim itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji pasangan itu tetap romantis. Malah, ramai wanita turut berkongsi pengalaman sama memotong kuku suami.

Untuk makluman, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim kini berusia tiga tahun.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Gelaran Datuk – Suami Nora Danish Akui Pernah Tolak, Rasa Tak Layak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker