Gelaran Datuk – Suami Nora Danish Akui Pernah Tolak, Rasa Tak Layak

Sebaran :

Image_1.jpg

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam, ramai artis dan selebriti kuta menerima gelaran Datuk antara penyanyi, pelakon dan pengarah Yusry Abdul Halim (KRU), penyanyi Nora Ariffin dan penulis lirik Habsah Hasan. Tidak ketinggalan, ibu mentua Mira Filzah juga turut menerima gelaran tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri mendedahkan dia pernah ditawarkan gelaran Datuk beberapa kali namun menolaknya kerana merasakan tidak layak untuk menerima pangkat tersebut.

Dalam entri tersebut, Nedim turut menjadikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai contoh yang menolak gelaran Datuk yang diberikan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kata Nedim atau nama penuhnya Nedim Sujak Nazri Aziz lagi, dia menolak gelaran tersebut kerana menyedari tidak memberi sumbangan yang besar kepada negara.

Perkongsian Nedim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pendiriannya dan bersetuju dengan kenyataan anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Image_3.jpg

 


Sebaran :

Leave a Reply