Polis serbu lapan premis ‘melombong’ Bitcoin di Seri Kembangan

Bunyi bising dan pelik serta bayangan jingga membawa kepada penemuan bilik kedap bunyi yang dijadikan markas perlombongan haram matawang kripto Bitcoin.

Kegiatan haram yang didalangi satu sindiket warga tempatan itu dikesan menerusi Ops Api di Blok B The Atmosphere, Pusat Perniagaan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan
Operasi berkenaan turut disertai Pasukan Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik yang dicuri oleh sindiket perlombongan Bitcoin itu. -Astro AWANI

Sebanyak 613 mesin perlombongan Bitcoin dirampas.



Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata kegiatan mereka dikesan hasil aduan seorang wanita.

Bertindak atas maklumat, pasukan polis bahagian jenayah diketuai Deputi Superintendan Akmal Rizal bergegas ke lokasi pusat komersial di belakang sebuah pasar raya terkemuka di kawasan Equine Park.

Hasil pemeriksaan menemui sambungan wayar elektrik yang tidak sah pada kesemua lapan premis di blok tersebut.

Polis mengesan bunyi pelik yang kuat dan terpaksa memecah masuk pintu besi untuk ke tingkat satu.



Sejumlah 46 hingga 90 mesin perlombongan haram Bitcoin ditemui di setiap bilik dalam kesemua lapan premis berkenaan.

Namun ia ditinggalkan tanpa penghuni.

“Modus operandi kegiatan ini dipercayai beroperasi dalam lebih kurang enam bulan, premis ini telah diubah suai lebih kepada untuk mengadakan operasi haram.

“Jadi beberapa lapisan pintu yang telah dibuat direka khusus untuk mengelak daripada bunyi kuat atau kedengaran di sebelah premis dengan menggunakan lapisan lapisan kayu yang tebal untuk mengelak bunyi tetapi walau bagaimanapun masih kedengaran.



“Maklumat telah disalur kepada pihak TNB,” katanya.

Operasi berkenaan turut disertai Pasukan Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik yang dicuri oleh sindiket perlombongan Bitcoin itu.

Nilai Bitcoin melangkaui RM100,000



Sindiket itu beroperasi selama enam bulan dan setiap premis terlibat dalam kegiatan perlombongan untuk menghasilkan satu unit Bitcoin.

Jelasnya, harga pasaran semasa, seunit Bitcoin dianggarkan bernilai RM153,000.

TNB juga telah mengalami kerugian RM300,000 sebulan akibat kecurian tenaga elektrik di semua premis itu, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian selama enam bulan adalah RM1.8 juta.

Bagaimanapun, penyewa premis itu hanya melunaskan bil dengan caj RM7 sedangkan yang dicuri adalah sekitar 300 megawatt melibatkan kerugian besar untuk TNB.



Kesemua mesin perlombongan Bitcoin itu berjaya dirampas dan dibawa ke IPD Serdang untuk siasatan lanjut.

Polis kini memburu suspek terlibat kegiatan haram itu menerusi rekod pendaftaran dengan pihak berkuasa tempatan yang berwajib di daerah berkenaan.

Kes disiasat dan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 427 dan 397 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Dua peniaga didakwa tipu pelaburan Bitcoin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker