Nilai Bitcoin melangkaui RM100,000

Terkini di My KMU !!!!---->

Nilai mata wang Bitcoin kini sudah melangkaui kadar RM100,000 sejak beberapa hari lalu dan ia adalah antara paras tertinggi pernah dicapai oleh mata wang digital berkenaan.

Untuk 1 Bitcoin (BTC) pada hari ini direkodkan pada paras RM110,000 dan kelihatan peningkatan ‘trend’ sejak beberapa bulan lalu.

Sekitar dua tahun lalu, perlombongan Bitcoin menjanjikan hasil paling lumayan apabila merekodkan nilai tukaran untuk 1BTC mencecah RM60,000 dan tukaran terkini mencatatkan angka tertinggi dalam sejarah BTC.

Secara asasnya, perlombongan kripto dilaksanakan menggunakan beberapa perkakas utama komputer seperti unit bekalan kuasa, papan induk dan kad grafik untuk melaksanakan operasi pengiraan komputasi.

Setiap kejayaan untuk pengiraan komputasi berkenaan, pemilik akaun kepada mesin perlombongan itu akan diberikan suatu nilai Bitcoin.

Ketika ‘era emas’ perlombongan mata wang kripto beberapa tahun lalu, wujud kekurangan bekalan kad grafik di pasaran memandangkan ia antara perkakas utama untuk melaksanakan pengiraan komputasi terbabit.

Hasilnya, berlaku peningkatan harga mendadak untuk perkakas berkenaan di pasaran berikutan kebanyakan pelombong kripto akan membeli dalam unit yang banyak. HM

Curi elektrik nak jadi ‘jutawan kripto’

Leave a Reply