Lelaki cedera ditetak akibat dendam



Sebaran :

GUA MUSANG: Seorang lelaki cedera di tetak dipercayai dengan parang di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh 1, dekat sini, semalam.

Mangsa berusia 30 tahun masih menganggur diserang seorang lelaki yang dikenalinya kira-kira jam 1.30 tengah hari dipercayai akibat dendam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Sik Choon Foo, berkata mangsa didatangi lelaki dikenalinya berusia 35 tahun dan terus menetaknya dipercayai menggunakan senjata tajam.



Beliau berkata mangsa cedera di tengah kepala, luka ringan di kaki serta luka kira-kira lima sentimeter di belakang badan.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil,” katanya.

Choon Foo berkata, susulan kejadian itu, suspek yang menetak mangsa ditahan di rumahnya di Pondok Hidayah 1, Kampung Chawah, Tanah Merah, Kelantan.



Katanya, sebilah parang juga ditemui bersama suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. BH

Doktor Maut Ditetak Perompak


Sebaran :


Leave a Reply